Jenis meter lazim Meter (muzik)

Mengikut bilangan rentak per ukuran

Meter duaan dan empatan

Dalam meter duaan, setiap ukuran dibahagikan kepada dua rentak, atau gandaan daripadanya (meter empatan).

Contohnya, dalam tanda masa 2
4, setiap bar mengandungi dua (2) ketukan not suku (4). Dalam tandatangan masa 6
8, setiap bar mengandungi dua rentak not suku bertitik.

Meter empatan yang sepadan ialah 4
4, yang mempunyai empat ketukan not suku setiap ukuran, dan 12
8, yang mempunyai empat ketukan not suku titik bertitik setiap bar.

Meter tigaan

Meter tigaan ialah sejenis meter di mana setiap bar dibahagikan kepada tiga rentak, atau gandaan daripadanya. Sebagai contoh, dalam tanda masa 3
4, setiap bar mengandungi tiga (3) ketukan suku nota (4), dan tanda masa 9
8 pula bermakna setiap bar mengandungi tiga rentak suku bertitik.

Lebih daripada empat rentak

Meter dengan lebih daripada empat ketukan dipanggil meter ganda lima (5), ganda enam (6), dsb.

Dalam teori muzik klasik, diandaikan bahawa hanya pembahagian secara duaan atau tigaan sahaja yang sah dari segi persepsi, jadi dalam meter yang tidak boleh dibahagikan dengan 2 atau 3, seperti meter kuintupel, katakan 5
4, diandaikan sama ada bersamaan dengan ukuran 3
4 diikuti dengan ukuran 2
4, atau sebaliknya: 2
4 kemudian 3
4. Meter yang lebih tinggi yang boleh dibahagikan dengan 2 atau 3 dianggap setara dengan pengelompokan ukuran meter duaan atau tigaan, oleh itu, 6
4, sebagai contoh, jarang digunakan kerana ia dianggap bersamaan dengan dua ukuran 3
4.

Meter yang lebih tinggi digunakan secara lebih lazim dalam analisis irama silang, sebagai bilangan terendah yang mungkin yang boleh digunakan untuk mengira poliritma ialah penyebut sepunya terkecil terendah bagi dua atau lebih bahagian metrik. Sebagai contoh, banyak muzik Afrika direkodkan dalam notasi Barat sebagai dalam 12
8, penyebut sepuncya terkecil 4 dan 3.

Mengikut pecahan rentak

Meter ringkas dan meter majmuk dibezakan dengan cara rentak dibahagikan.

Meter ringkas

Meter atau masa ringkas ialah meter di mana setiap rentak dalam bar membahagi secara semula jadi kepada dua (berbanding tiga) bahagian yang sama. Nombor teratas dalam tanda masa ialah 2, 3, 4, 5, dsb.

Sebagai contoh, dalam tanda masa 3
4, setiap bar mengandungi tiga rentak suku not, dan setiap rentak itu terbahagi kepada dua not perlapan (kuaver), menjadikannya satu meter ringkas. Lebih khusus lagi, ia adalah meter tigaan kerana terdapat tiga rentas dalam setiap ukuran; duaan ringkas atau empatan ringas juga adalah meter lazim.

Meter majmuk

Meter atau masa majmuk pula ialah meter di mana setiap rentak bar membahagi secara semula jadi kepada tiga bahagian yang sama. Iaitu, setiap rentak mengandungi nadi tigaan.[10] Nombor teratas dalam tanda masa ialah 6, 9, 12, 15, 18, 24, dsb.

Meter kompaun ditulis dengan tandatangan masa yang menunjukkan bilangan pembahagian rentak dalam setiap bar berbanding bilangan rentak. Sebagai contoh, duaan majmuk (dua rentak, setiap satunya dibahagikan kepada tiga) ditulis sebagai tandatangan masa dengan pengangka enam, contohnya, 6
8. Bezakan ini dengan tandatangan masa 3
4 yang juga memperuntukkan enam not perlapan bagi setiap ukuran, tetapi mengikut tatanama, ia bermaksud masa tigaan ringkas: 3 rentak not suku.

Contoh meter majmuk termasuk 6
8 (meter duaan majmuk), 9
8 (meter tigaan majmuk), dan 12
8 (meter empatan majmuk).